Oct10

Tips Rahsia Cantik

Categories // Blog Mawar Melati

Pernah dengar tak nama Raysha Rizrose? Beliau yang berusia 19 tahun ini adalah juara Dewi Remaja 2014/15. 



Beliau amat suka bersenam dengan cara membuat home work out. Katanya setiap kali bangun tidur, perkara pertama yang dilakukan adalah bersenam seperti strecthing, plank dan squat. Paling tidak pun, buat squat setiap hari untuk mengekalkan bentuk tubuh yang langsing. 




Katanya dengan bersenam, wanita nampak lebih cantik kerana cantik datang dari tubuh yang sihat. Bersenam adalah cara yang paling mudah untuk mengekalkan tubuh yang sihat. Selain itu senaman dapat membuang kalori yang tidak diingini serta membantu perjalanan darah. 
 
Kata gadis fotogenik ni lagi, beliau mengamalkan meminum banyak air putih untuk membuang toksin dalam tubuh dan membantu membersihkan organ tubuh. 
 
Setiap pagi, beliau juga mengamalkan pengambilan kolagen untuk menjaga kecantikan dalaman.  Selain itu, gadis cantik ini juga mengamalkan sapuan serum minyak argan untuk memelihara dan melebatkan rambut secara semulajadi. Beliau turut membasuh rambut dan mandi dengan air sejuk. 



Pesanan beliau kepada wanita yang amat menitikberatkan kecantikan, pilihlah produk yang baik untuk kulit yang mempunyai elemen tradisional dan semulajadi. Jangan terlalu ghairah untuk kelihatan cantik dengan sanggup mengambil jalan cepat. Setiap orang memang dilahirkan cantik sebenarnya. 
 
Sumber - Rapi edisi November 2015

Leave a comment

You are commenting as guest. Optional login below.

Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com