Oct14

Sticky

Categories // Blog Mawar Melati

 
Pernah dengar tak pasal STICKY candy? Melati baru je cuba-cuba rasa Sticky ni. Rasanya masam-masam manis bergantung pada apa perisa yang kita pilih. 
 
Itu pun, selepas berkali-kali Inas, anak sulung Melati minta belikan. Melati tak berapa gemarkan gula-gula. Kalu coklat tu boleh la. Tapi gula-gula ni bagi Melati boleh buatkan gigi kita sakit, kan. 
 
 
Tambah-tambah tabiat Melati kalau makan gula-gula, Melati suka mengunyah. Melati tak suka kemam-kemam atau hisap, bimbang lidah terluka dek hisapan gula-gula.
Kat Alamanda ni ada satu outlet Sticky. Tapi, tak pernah pulak, Melati tergerak hati nak singgah. Tapi lain pulak ceritanya semasa on the way nak balik ke Terengganu tempohari. 

Kalau tak kerana Inas yang beria-ria sangat bercerita tentang Sticky ni tak de maknanya Melati nak singgah. 

Katanya Sticky ni ada banyak perisa, contohnya kalau kita nak perisa nasik lemak, Sticky tu memang betul-betul rasa sebijik macam nasik lemak. Aiii...betul ke?
 
 
Dan dan Melati bergegas masuk ke outlet Sticky KLIA2. 
 
Humang aii, mana ada perisa nasik lemak, kak oi...! Yang ada perisa I Love U, I'm Happy, I'm in Love, Pepsi, Durian, Mangga dan macam-macam perisalah dengan pelbagai corak dalam Sticky candy yang dipotong bulat kecik-kecik tu. 
 
Memang cute sesangatlah. Time tu, diorang pulak tengah wat promosi corak Dinasour. Melati grab perisa I Love U. Ada macam-macam corak emoji dan perisa dalam satu botol tu. Best!!!...
 
 
 
Sejarah Sticky di Malaysia
 
Sticky ini berasal dari Australia yang mana ia telah diperkenalkan oleh David King yang pada mulanya bekerja sebagai peguam. 
 
Betapa sedapnya Sticky ni, bermula dari Australia kemudian menular ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, dan seterusnya bertapak di Malaysia pada November 2009. 
 
Katanya, bahan-bahan Sticky ni bebas lemak haiwan dan tiada langsung kandungan gelatin.
 
Perisanya pula patuh kepada Quality Food Standard dan ia adalah perisa semulajadi yang diimport terus dari Sydney, Australia. 

Patutlah harganya cukup mahal. Untuk satu botol Sticky 25g pun da mencecah belasan ringgit. 
 
Sticky ini juga boleh tahan selama 6 bulan selagi tidak disimpan dalam peti sejuk atau tidak terdedah pada haba ataupun pancaran matahari. 

Jom kita selongkar skit, apa yang best sangat tentang Sticky ni. 

 
Apa yang istimewanya Sticky ni?
 
Sticky ini lain dari yang lain. 
 
 
  • Selari dengan moto gula-gula buatan tangan, Sticky diperbuat di hadapan orang ramai. Ada bermacam-macam corak yang unik dan menarik. Pening kepala jugak lah nak pikir camna corak tersebut dibentuk. 
  • Ianya juga boleh ditempah mengikut citarasa dan design apa yang kita nak. Amat sesuai sesangat sebagai goodies untuk majlis-majlis keraian dan kenduri-kendara. 
  • Terhad kepada 14 huruf dan 6 kilogram ke atas sahaja yang diterima tempahannya. Sticky tersebut boleh disiapkan seawal dua minggu dari tarikh tempahan. 
  • Sticky juga boleh dibeli secara online sekiranya peminat Sticky candy ini berada di luar kawasan outlet.

 
 
Pada sesiapa yang nak merasa Sticky candy ni secara percuma, boleh la ke outlet yang terletak di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah 
 
Kuala Lumpur
 
  • Suria KLCC
  • Pavilion, Bukit Bintang
  • The Gardens Mall, Mid Valley City

Selangor
 
  • One Utama, Bandar Utama
  • Sunway Piramid, Bandar Sunway
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya
  • Gateway KLIA2, Sepang

Pulau Pinang
 
  • Queensbay Mall, Bayan Lepas

Johor
 
  • JB City Square, Johor Bharu

Sabah
 
  • Imago KK Times Square, Kota Kinabalu

Putrajaya
 
  • Alamanda
Hanya ini sahaja yang dapat Melati kongsikan apa yang Melati baca dari laman web Sticky Malaysia setelah merasa sendiri Sticky. Ermm...memang sedap tapi memang lambat jugaklah nak abih. 
 
**Pic dari laman web Sticky Malaysia
 

Monday, September 7, 2015

7 Cara Mengatasi Rasa Lemau dan Mengantuk

 
Kadang-kadang terfikir, kenapa selepas bangun pagi badan terasa lemau dan malas. Kadang tu terasa bisa-bisa dan mencucuk-cucuk di bahagian tumit. Dan perkara ini terbawa-bawa hingga ke penghujung hari. Rimas sungguh, kan?
 
Ada beberapa sebab kenapa badan kita beraksi sedemikian, antaranya:-
 
 
1. Sensitif dengan gelombang elektromagnet
Sejak-sejak telefon bimbit mengjadi keperluan masa kini, kita sering tertidur dengan telefon bimbit, meletakkan jam digital bersebelahan semasa tidur, selalu menggunakan mikrowave untuk memanaskan makanan, menggunakan pengering rambut lebih dari 10 minit  dan berada terlalu dekat dengan skrin komputer. 

Ini boleh menyebabkan badan kita tidak recharge sepenuhnya sewaktu tidur. Bangun pagi masih terasa mengantuk dan tak cukup tidur.
 
Cara mengatasinya: 
Gantikan jam digital kepada jam analog, keringkan rambut dengan tuala, panaskan lauk menggunakan dapur biasa dan alihkan semua peralatan tanpa wayar ke dalam bilik yang berasingan. 
 
 
 
2. Diabetes tanpa sedar
Simptom diabetes ini terjadi apabila kita terlalu dahaga dan kerap membuang air kecil. Ketagihan ingin memakan makanan manis sebelum kedatangan haid juga adalah petanda badan mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.
 
 
 
Waktu sebegini disarankan mengambil makanan setiap 3 jam sekali dan elakkan diri dari hidangan roti, yogurt, buah-buahan, air buah, rokok dan kafein. 
 
Cara mengatasinya: 
Berjumpa doktor untuk mengenal pasti kebarangkalian kita mengidap diabetes dan perbanyakkan mengambil makanan laut seperti ikan, telur, sayur-sayuran, buah anggur, buah pear, buah pic dan buah kiwi. Gantikan pasta atau nasi dengan beras perang, bubur dan bijirin. 
 
Smoothies buah-buahan ini ada campuran mealshake, ESP dan Cinch Shake. Yummy-yummy. Minuman berkhasiat dan lazat malah mengenyangkan.
 
 
 
3. Makan tengahari
Pemakanan yang tidak teratur dan tidak menentu boleh menyebabkan mood kita tidak seimbang. Kejap-kejap moody, kejap-kejap okElakkan mengambil makanan tengahari yang berat, kerana ia boleh mendorong rasa mengantuk dan malas.
 
Cara mengatasinya: 
Untuk makan tengahari disarankan hanya mengambil sebiji epal sudah memadai tetapi pada waktu sarapan pagi digalakkan mengambil makanan berat seperti nasi, ikan, ayam, daging atau supplemen yang mengenyangkan. 

Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Jangan sesekali skip sarapan pagi. 
 
Sarapan pagi yang mengenyangkan dan berkhasiat
 
4. Masalah buah pinggang
Ini adalah antara penyebab anemia (kurang darah merah) atau tiroid yang boleh membawa kepada keletihan. 
 
Cinch tea boleh menggantikan kopi atau teh. Yang best nya, ia adalah energy booster.
 
Cara mengatasinya: 
Elakkan mengambil minuman berkafein apatah lagi beralkohol tetapi perbanyakkanlah mengambil pemakanan yang seimbang. 
 
 
 
5. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12
Kekurangan vitamin-vitamin ini akan membawa kepada penyakit anemia. Tanda-tanda penyakit anemia adalah kulit kelihatan kekuningan.  

Fungsi zat besi adalah untuk membantu penghasilan darah merah. Manakala B12 pula  untuk membawa oksigen ke serata badan.
 
 
Cara mengatasinya: 
Jika kekurangan zat, ambillah vitamin tambahan seperti multivitamin. Namun jika mudah benar beremosi, disarankan mengambil vitamin B12. 
 
Vitalea adalah multivitamin yang ada 28 jenis mineral yang diambil dari sayur-sayuran untuk melindungi organ dan melengkapkan keperluan nutrisi badan. B Complex pula mengandungi 8 jenis vitamin B yang berfungsi untuk mengurangkan keletihan, kemurungan, insomnia dan tekanan
 
 
6. Senaman
Bagusnya senaman ini, ia dapat melegakan minda kita dan otot-otot badan. Tetapi jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai boleh menyebabkan badan menjadi letih.
 
Cara mengatasinya:
Lakukan senaman ringan, yoga atau berjalan sekeliling rumah sekitar 30 minit sehari. Senaman ini tak lain tak bukan hanya sekadar untuk merangsang tenaga atau mengembalikan stamina dalam badan kita je.
 
 
 
 
7. Tekanan
Yang ini memang ye, tekanan boleh membuatkan kita mudah berasa letih dan ia antara penyebab kita menjadi kurang bermotivasi, dingin terhadap seks, berat badan tidak stabil, berfikiran negatif dan sebagainya. 
 
Cara mengatasinya: 
Berjumpalah dengan doktor pakar untuk sesi terapi, berkongsi cerita dengan orang yang dipercayai atau mengambil supplemen yang berkesan untuk mengawal tekanan yang dihadapi.
 
 

Namun perkara yang paling penting sekali adalah, badan kita amat memerlukan air sekurang-kurangnya 2 liter hingga 3 liter sehari. 

Dehidrasi boleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan keletihan. Contohnya, semasa bulan puasa, kita letih bukan disebabkan kita tidak makan, tapi kita dahaga dan haus, kan? 
 
Jadinya, perbanyakkan minum air putih dan boleh jugak download apps "Water Your Body" yang memang sentiasa jadi "mak" kita suruh minum air. 

Sekurang-kurangnya kita tidak perlu lagi nak mengira da cukup atau belum air yang diminum hari ini sebab da ada apps yang aturkan untuk kita. Cukup mudah, kan?
 
 
 
 
Tahukah Anda ?
 
3 hingga 5% dari populasi dunia ni sedang bergelut dengan kemurungan kronik. 17% pula adalah berisiko untuk murung. Berbanding lelaki, wanita paling berisiko untuk menjadi murung. Ini research dari Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat. 
 
 

Leave a comment

You are commenting as guest. Optional login below.

Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com