Oct14

Putrajaya - Krabi Oktober 2013

Categories // Blog Mawar Melati

Setelah menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Siam, Hatyai pada tahun 2012, keinginan Melati seakan membuak-buak ingin lebih tahu pasal Negeri Gajah Putih ini. Selang beberapa bulan, Melati dan suami kembali ke Siam pada Ogos 2013 untuk menelusuri tanah Songkhla pula. 
 
Sejak-sejak itu makin bertambah-tambahlah kerinduan untuk menjelajah dan meneroka bumi Siam ini lagi. Setelah berbincang dengan suami dan Ujang Syanaz (anak-anak Melati), kami pun sepakatlah untuk naik ke Utara dengan Jaja menuju ke Krabi. 

Berpandukan Sygic Apps plus pengalaman Hans Tayar Golek plus plus pengalaman blogger-blogger backpacker dan kaki shopping tentang Krabi serta reviews dari site TripAdvisor danLonely Planet, kami pun bergerak menghala ke Krabi pada 13 Oktober 2013.

Meh cuci mata layan pix dari Melati, biar gambar plak yang bercerita...

Hari Pertama - 13hb Okt 2013 
Samila Beach, Songkhla untuk makan tengahari
- Hotel Royal Nakara Ao Nang, Krabi
- Jarak perjalanan sejauh 927km bermula dari Putrajaya 

Pukul 1.43 petang, baru nak check in border... memang sah-sahlah jam-pack
 
Singgah lunch dulu di gazebo kat Samila Beach yang mengadap Laut China Selatan
 
Solat Jamak Qasar Zohor dan Asar di Masjid Darulhuda, berhampiran dengan Tokong Buddha yang besar gabak tu


 

Wat ni betul-betul berhadapan dengan sekolah dan binaannya di sisi kaki lima jalan utama Danok - Hatyai

 
My little gegurl and Son... mmmuuuahs


Nasi Goreng Seafood


Tomyam Seafood yang murah dan sedap..uuummmmm...Semangkuk ni mmg tak cukup untuk kami berlima


Kerabu Sotong@Gazebo Samila Beach, Songkhla


20THB je untuk Soft Shell Crab dan Crunchy Fried Shrimp


Soft Shell Crab fresh from Songkhla
 
Senja@Patthalung
 
Bagi minum kat Jaja la plaks


 
 

Confuse, tak taw nak pilih yang mana satu. 
Hijau Ron 95, Kuning Ron 91, skema color tak sama ngan Malaysia punya.

 
Yess, da sampai Royal Nakara, Krabi. Da leh rehat, seharian di jalanan. Antara hotel yang mendapat pengiktirafan hotel yang terbaik oleh TripAdvisor. Murah, besar, wangi dan bersih.


 
Hotel Royal Nakara Ao Nang ni, didirikan di curam bukit. 
Di penghujung tangga tu, pintu ke Kolam Renang. Dapatlah Ujang Syanaz lepas geram men air.
 


 

Hari Kedua - 14hb Okt 2013

Ron Khlong Thom Waterfall
- Emerald Pool
- Lemon Restaurant
- Souvenirs shopping 

Bukit batu kapur. sebijik nak sama ngan Jalan Gua Musang - Kota Bharu, kan?
 
Simpang Tiga keluar masuk dari Pantai Ao Nang

 

Melati respek abih ngan Orang Thai sebab depa sanggup wat kerja apa saja untuk sesuap nasi. 
 
Aik, masih ada orang berkelubung dengan kain batik lagi pada zaman milenium ni. 
Inilah Thailand, budayanya kekal, tidak ditelan zaman.

 

Entrance ke Ron Waterfall (Hot Stream)



Lega, orang tak ramai lagi turun ke sini. Ye la, masih awal pagi lagi. Gerai pun baru nak buka.



 

 

Melati dan famili rasa tenang, damai, happy dan bebas 
 
Setiap pepohon di sini, ada dilekatkan nama scientific nye

 

Kopi Krabi. Melati ada jugak beli dua tiga bungkus sebagai ole-ole. Harganya taklah mahal, hanya 100THB je untuk 1kg.

 

Unik, rerumpun buluh ni cam nak minum air je kat hot stream sebelah sini



Setakat leh celup kaki je lah. Bukan men lagi bawak baju mandi, ingatkan leh mandi...

 

Yang ini langsung tak leh nak sentuh. Panas gilaks. Sama panasnya dengan Poring kat Ranau, Sabah tu. 

 

Bro baju kuning tu rupa-rupanya tourist guide. Fasih berbahasa Melayu Kelate. 
Ayam bakar tu buat Melati terliur je, cam sedap tapi macam biasalah, tak berani la nak makan.
Kalu da namanya penggemar kopi, apa jenis kopi pun, sibuk nak snap
Yang ini namanya Kopi Khlong Thom, nama salah satu daerah di Krabi.
Entrance Fee untuk Kolam Biru Air Panas (Emerald Pool). 
Ujang Syanaz *RM10 sorang dan Melati & Hubby kena bayar *RM20 seorang
Orait, tiket masuk da dibeli. Thanx ye, abah.

 

Kemana kita nim? Emerald Pool lah. Melati nak taw sangat warna air kolam tu. 
Ada sama tak colornya ngan Air Terjun Bantimurung di Makassar.
 
Adess, beshnyer tempat ni!

 

Semua tempat berkanopi alam semulajadi. 
Gilaks syok. Rasa tenang dan sejuk je
Nature Trail sepanjang 1400m bermula dari entrance menghala ke Emerald Pool. Jalan-jalan sambil layan kicauan burung, 
bau wangian alam yang semerbak harum dan deru air di sepanjang laluan. 
Memang besh. Indahnya alam ciptaan Allah SWT ni, ditambah plaks dengan orang yang tahu menghargainya. 
Thailand memang terbaiklah.

 

 

 

Kolam ini memang dalam dan licin. Tapi yang syoknyer, air kolam tu panas 
dan warnanya hijau kebiruan. Melati hanya men di tepian je ngan Ujang Syanaz.

 

Bersama pemandu yang bawak kami ke Lemon Restaurant yang menjadi tumpuan utama pengunjung dari Malaysia. 
Sebut je nama Lemon Restaurant, terus dihantarnya. Servis memang terbaiklah...baq hang
Dah sampai. Apalagi, jomlah kita mulakan order.
 

 

Keow Tiow Sup yang memang amat-amatlah sedap. Mee nya buatan sendiri.
 
 

 

Tiram Berkeju

 

Ketam Cili

 

Lala ni pun sedap

 

CIMB ada je kat mana-mana di bumi Gajah Putih nim. Tak sama ngan Vietnam. Jadinya, jangan risaw kalau-kalau duit makan atau shopping tak berapa nak cukup. Tapi yang penting, kad ATM perlu diaktifkan dahulu sebelum mulakan trip, taw.

 

Tokey Lemon Restaurant ni merupakan seorang kakak yang amat fasih berbahasa Melayu. 

 

 

 

 
 
 

 




Hari Ketiga - 15hb Okt 2013

-Berangkat pulang ke Putrajaya

Jom layan sarapan di restoran Melayu Pattani yang banyak di tepi jalan nim
Unik...

 

 

Melati adalah salah seorang rakan MyAlza Owners Club (MAOC 4524) satu ketika dulu. 
Mekasih banyak-banyak ye, Jaja, bawak kami jalan-jalan ke sini tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.


Banyak tempat yang Melati tidak dapat kunjungi sepanjang berada di Krabi. Salah satu sebabnya, Melati tidak membuat homework secara menyeluruh sebelum memulakan perjalanan. 
 
Belajar dari beberapa perkara tentang roadtrip Krabi 2013 ni, meh sini Melati kongsikan beberapa perkara yang buat sebelum nak mulakan trip, antaranya: 
 
1. Wang yang mencukupi - Fee entrances, Fare, Souvenir shopping, Hotel, Fuel, Makan dan Snack.
 
2. Koordinasi lokasi dan road map checkpoint.
 
3. Gadget Chargers, USB Mini Car Charger, International Plug, Spare Battery CameraSpare Memory Card dan Laptop.
 
4. Keperluan diri - iron, hair dryer, telekung sembahyang, air tenaga, supplemen, vitamin dan ubat.
 
5. Booking hotel dua minggu sebelum roadtrip 


Persediaan roadtrip ini ada dalam entry sebelum ini. Sila klik Persediaan Untuk Famili Roadtrip



Tempat-tempat best di Krabi, antaranya : 

1. Krabi Crab Statue di tebing Muara Sungai Krabi di tengah-tengah bandar

2. Krabi Night Market

3. Island Hopping@Krabi

4. Emerald Pool and Hot Spring

5. Ao Thalane - Menunggang Kuda

6. Khao Panombenja -  Menunggang Gajah

7. Ron Waterfall - Hot Stream

8. Tiger Cave Temple

9. Wat Kaew

10. Kayaking@Ao Thalane

11. White Water Rafting + Fish spa + Persembahan Gajah dan Monyet ++ Drag Queen by Ladyboy



Apa-apa pun, Melati enjoy sesangat sepanjang trip ini. Dengan anak-anak dan suami yangsporting dan supportive buatkan Melati rasa kekal bersemangat walaupun kadang-kadang terasa amat penat jugak apabila Sygic Apps manjang bagi route yang salah. 

Tak pasal-pasal kami masuk randuk kampung-kampung orang Thai, kebun getah dan hutan belukar bagai. Aish, geram sungguh...

Orait, hanya setakat ini je lah perkongsian Melati pasal Krabi. Nanti kita jumpa lagi dalamentry yang lain ye.

Leave a comment

You are commenting as guest. Optional login below.

Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com