Nov02

Bebas Dari Demam

Categories // Blog Mawar Melati

Petikan dari artikel Berita Harian - November 2016

 

Faktor cuaca yang tak menentu menyebabkan ramai yang mudah sakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya. 

 

Bagi mencegah perkara ini terjadi, ini adalah antara panduan untuk memastikan diri bebas dari demam.

  • Cuci tangan

Cuci tangan dengan aliran air yang banyak samada menggunakan air suam atau air sejuk. Gosokkan pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku selama 20 saat supaya dapat menghilangkan kuman.

  • Tidur yang cukup

Pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik.

  • Makanan seimbang

Untuk meningkatkan tahap imun badan, adalah digalakkan mengambil banyak sayuran segar dan buah-buahan. Pengambilan vitamin tambahan tidak dapat menggantikan nutrien yang boleh didapati daripada pemakanan seimbang.

  • Banyak minum air

Air merupakan elemen terpenting dalam badan. Pastikan air diambil sebanyak 2 liter sehari untuk mengekalkan tahap hidrasi bagi menyokong sistem imunisasi yang kuat.

  • Bersenam

Pastikan badan sentiasa mengeluarkan peluh dengan beriadah atau bersenam. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi memantapkan tahap imunisasi badan.

  • Jauhkan diri

Jauhkan diri dengan orang dijangkiti selsema. 

  • Jangan gigit kuku

Kuman banyak berkumpul di bawah kuku. Jadinya elakkan diri dari menggigit kuku.

  • Lebihkan senyuman

Kajian menunjukkan bahawa perasaan gembira dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Galakkan diri bermain dengan persekitaran yang sihat, sentiasa berfikir positif dan lakukan aktiviti yang menggembirakan.

  • Gel pembersih

Pastikan membawa gel pembersih desinfeksi ataupun tisu basah beralkohol. Tisu badan yang tidak beralkohol tidak begitu berkesan untuk membasmi kuman.

  • Tinggalkan rokok

Merokok meningkatkan risiko jangkitan dan merendahkan imunisasi badan. Merokok boleh menghapuskan cilia, sejenis serat seperti bulu halus dan kecil dalam hidung dan ini memudahkan jangkitan.

  • Kekalkan kebersihan

Gaya hidup sihat adalah satu jalan mudah bagi membantu melawan apa jua jangkitan kuman. 

Leave a comment

You are commenting as guest. Optional login below.

Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com