Blog Mawar Melati

Nov02

Bebas Dari Demam

Categories // Blog Mawar Melati

Petikan dari artikel Berita Harian - November 2016

 

Faktor cuaca yang tak menentu menyebabkan ramai yang mudah sakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya. 

 

Bagi mencegah perkara ini terjadi, ini adalah antara panduan untuk memastikan diri bebas dari demam.

  • Cuci tangan

Cuci tangan dengan aliran air yang banyak samada menggunakan air suam atau air sejuk. Gosokkan pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku selama 20 saat supaya dapat menghilangkan kuman.

  • Tidur yang cukup

Pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik.

  • Makanan seimbang

Untuk meningkatkan tahap imun badan, adalah digalakkan mengambil banyak sayuran segar dan buah-buahan. Pengambilan vitamin tambahan tidak dapat menggantikan nutrien yang boleh didapati daripada pemakanan seimbang.

  • Banyak minum air

Air merupakan elemen terpenting dalam badan. Pastikan air diambil sebanyak 2 liter sehari untuk mengekalkan tahap hidrasi bagi menyokong sistem imunisasi yang kuat.

  • Bersenam

Pastikan badan sentiasa mengeluarkan peluh dengan beriadah atau bersenam. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi memantapkan tahap imunisasi badan.

  • Jauhkan diri

Jauhkan diri dengan orang dijangkiti selsema. 

  • Jangan gigit kuku

Kuman banyak berkumpul di bawah kuku. Jadinya elakkan diri dari menggigit kuku.

  • Lebihkan senyuman

Kajian menunjukkan bahawa perasaan gembira dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Galakkan diri bermain dengan persekitaran yang sihat, sentiasa berfikir positif dan lakukan aktiviti yang menggembirakan.

  • Gel pembersih

Pastikan membawa gel pembersih desinfeksi ataupun tisu basah beralkohol. Tisu badan yang tidak beralkohol tidak begitu berkesan untuk membasmi kuman.

  • Tinggalkan rokok

Merokok meningkatkan risiko jangkitan dan merendahkan imunisasi badan. Merokok boleh menghapuskan cilia, sejenis serat seperti bulu halus dan kecil dalam hidung dan ini memudahkan jangkitan.

  • Kekalkan kebersihan

Gaya hidup sihat adalah satu jalan mudah bagi membantu melawan apa jua jangkitan kuman. 

Oct31

Perjalanan Selamat dan Selesa - Berita Harian, 27 Oktober 2016

Categories // Blog Mawar Melati

1. Servis Kenderaan
- Pastikan semua bendalir dan cecair seperti minyak pelincir, minyak gear, minyak bre, coolant dan air pengilap cermin hadapan berada pada tahap yang memuaskan.

2. Keadaan Tayar dan Lampu
- pastikan bunga tayar masih tebal sekurang-kurangnya 3mm dan tekanan angin yang mencukupi.
- Tekanan angin tayar ganti seelok-eloknya dilebihkan setinggi 30 peratus dari sepatutnya kerana ia jarang digunakan.
- Periksa dan pastikan semua lampu hadapan, belakang, lampu brek serta lampu isyarat berfungsi dengan baik.
- Pastikan getah pengilap cermin hadapan masih lembut dan dapat mengilap cermin dengan memuaskan.

3. Berdepan dengan Sitiasi Cemas
- Tahu untuk mengendalikan situasi cemas supaya dapat mengurangkan risiko kepada kenderaan, penumpang dan pengguna jalan yang lain.

4. Tayar Pancit
-Rujuk tips keselamatan yang disediakan.
- Buka bonet dan tempat barang sebagai isyarat yang kenderaan bermasalah.
- Letakkan tanda tiga segi (safety-triangle) bagi jarak kira-kira 30m di belakang kenderaaan yang berhenti.
- Semua penumpang hendaklah turun dan berkumpul jauh dari kenderaan.
- Keluarkan picu dan tayar ganti untuk menukar tayar yang pancit.
- Jika tanah agak lembut untuk menampung picu, dapatkan pengalas kayu atau batu-batu kecil untuk diletakkan di bawah picu.

5. Enjin Terlebih Panas
- Eloklah dibawa jiga beberapa liter air untuk ditambah ke dalam radiator bila diperlukan.
- Rujuk tips keselamatan yang disediakan.
- Biarkan enjin sejuk dahulu sebelum membuka penutup radiator.
- Gunakan kain untuk membuka penutup radiator dan buka perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan.
- Tambah air sejuk ke dalam radiator setelah wap panas tidak lagi keluar dari radiator.
- Jika ada kebocoran kecil dalam sistem penyejukan enjin, jangan pasang balik penutup radiator untuk mengelakkan tekanan tinggi dalam sistem penyejukan kerana enjin menolak keluar coolant dari kebocoran kecil tadi.
- Jika kebocoran teruk, dapatkan khidmat untuk kenderaan ditarik k bengkel untuk diperbaiki.


Tips Jika Berlaku Kecemasan...
1. Perlahankan kenderaan secara beransur-ansur
2. Jangan berhenti secara mengejut. Kenderaan akan hilang kawalan dan membahayakan pengguna lain.
3. Berhenti di tempat yang betul-betul selamat. Elakkan memberhentikan kenderaan di selekoh.
4. Hidupkan lampu isyarat kecemasan.
5. Bawa penumpang keluar dan ambil langkah susulan yang difikirkan perlu,

Panduan Perjalanan
1. Pastikan simpan lampu suluh dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan memuaskan.
2. Lampu suluh berguna semasa kecemasan di malam hari, menukar tayar ganti dan digunakan juga untuk memberi isyarat awal kepada pengguna jalan yang datang dari arah belakang.

Oct21

Perbezaan Antara Najis Sihat dan Sakit

Categories // Blog Mawar Melati

Najis yang sihat adalah najis yang ada banyak serat, ada oksigen dan timbul.

Najis yang sakit adalah najis yang lama, ada lemak, ada banyak gula dan tak cukup air. Najis ini tenggelam. 

Singapura dikenali sebagai negara yang paling sihat di Asia Tenggara. Malaysia pula adalah negara yang paling sakit di Asia Tenggara. 

Di manakah silap kita?

Prinsip orang Malaysia, rezeki jangan ditolak samada ianya haram atau tidak. Makanan yang haram mendatangkan penyakit. 

 

Jadinya adalah baik kita berjaga-jaga dalam urusan halal haram mengenai pemakanan. 

 

 

Oct21

Sembelit Punca Penyakit

Categories // Blog Mawar Melati

Penyakit kronik bermula dengan sembelit. Sembelit amat sinonim dengan para wanita terutama wanita yang telah melahirkan anak. Gejala sembelit sering berlaku semasa proses kehamilan dan juga semasa berpantang. 

 

Pembuangan air besar yang normal sepatutnya dua kali sehari. Sekiranya tidak membuang dalam tempoh 24 jam itu petanda badan kita ada masalah yang kritikal tentang pemakanan yang mana boleh membawa kepada penyakit strok, jantung dan kanser. 

 

Bagi yang membuang air besar setiap hari pula tetapi sering sembelit berkemungkinan ada masalah dengan kolestrol tinggi dalam darah. Fungsi hati adalah untuk menghasilkan darah. Hati juga mengeluarkan 80% kolestrol sebagai pelincir untuk perjalanan darah. Sekiranya kita stress semasa proses pembuangan air besar, secara automatik, hati akan menghasilkan 6 kali ganda kadar kolestrol dari biasa. Ini bermakna hati menghasilkan 480% kolestrol dalam darah. 

 

Pembuangan air besar yang tidak lawas pula membawa petanda kurangnya serat dan air dalam badan. 

 

Bagi yang trauma toilet iaitu yang kerap ke tandas selepas makan berkemungkinan ada masalah dengan tekanan darah tinggi. 

 

Jadinya, adalah baik kita amalkan cara pemakanan sihat yang mana kaya dengan serat, mineral dan air yang mencukupi bagi mengelakkan masalah sembelit dan kolon. 

 

 

Oct14

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Categories // Blog Mawar Melati

Trip kali ini yang terakhir untuk jalan-jalan bagi tahun 2014. Tahun yang paling best, paling banyak dugaan, banyak kesilapan, banyak kejayaan, banyak kegagalan dan banyak, banyak, banyak lagi. Pendek kata, tahun 2014, tahun yang paling mencabar dan menguji imun diri. 
 
Alhamdullillah, dengan izinNya, selepas balik dari trip Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet, merentasi 3 buah negara bersama-sama anak-anak Melati yang masih kecil pada November 2014, Melati dipelawa dari salah seorang kenalan lama untuk join ride ke Betong, Thailand... Wah, ini satu peluang yang jangan sekali-sekali dilepaskan. Bumi Thai memang Melati suka sangat. Pantang diajak, pantang dipelawa... 
 
Misi Melati plaks, sememangnya nak penuhkan Buku Merah (Pasport) dengan cop-cop imigresen luar Malaysia  dan kenal-kenal dengan budaya dan makanan kat sana.  Dua minggu sebelum ride, Melati da "berjalan-jalan" dengan Google Earth, di bumi Betong. Baca blog sana-sini. Dan yang pasti, blog yang Melati sering kunjungi semestilah blog TayarGolek.com, itulah sumber rujukan utama Melati sebelum ikut mana-mana trip. Maklumlah, Melati ni jiwa bikers. Jiwa bikers ni lain skit, tak sama ngan jiwa kaki shopping
Oct14

Pengalaman Pertama di Bumi Toraja, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia 31 Okt 2012

Categories // Blog Mawar Melati

Tana Toraja. Nama yang memang tidak asing lagi bagi orang yang sering mengikuti dokumentari berkenaan Bumi Toraja ini. 

Pada tahun 2012, ada satu rancangan TV3, Dunia Tersembunyi yang telah membuat dokumentari berkenaan Toraja. 

Di dada akhbar-akhbar arus perdana yang terkemuka seperti Harian Metro dan Utusan Malaysia juga ada bercerita mengenai Toraja ini.
 
 
Dalam diam-diam, Melati menyimpan impian dan harapan untuk memijak tanah Toraja itu juga pada satu masa nanti. 

Kebetulan Melati terlibat secara langsung dalam Pasukan Mendayung Perahu Naga Putrajaya, tak disangka-sangka yang akhirnya menerbangkan Melati ke sana. Bertuahnya nasib badan. Impian dan harapan tercapai juga.
Oct14

Serba Sikit Tentang Mawar Melati

Categories // Blog Mawar Melati

Ramai yang bertanyakan kenapa pilih nama Mawar Melati. Melati da gunakan nama tu sejak tahun 2009 lagi. Melati rasa nama itu semacam ada chemistry je. 

Seakan serasi dan banyak perubahan yang positif terjadi dalam kehidupan Melati selepas itu. Bukan ke panggilan atau gelaran itu satu doa?

Bunga Mawar segar dari Cameron Highland, hadiah daripada si dia sebab 
dia tau sangat Melati amat sukakan Mawar.

Oct14

Persediaan Family Road Trip Ke Hatyai, Thailand - 14 hingga 16 Mac 2015

Categories // Blog Mawar Melati

Rasa da tak sabar betul nak mulakan road trip ni. Apa-apa pun meh sini Melati kongsikan beberapa perkara penting sebelum memulakan perjalanan ni. Jom kita mulakan dengan;  


Dokumen : 

1. Passport dan salinannya. Pastikan tarikh tamat passport enam (6) bulan sebelum
2. Lesen Memandu dan salinannya
3. Surat Kebenaran Membawa Kenderaan (sekiranya geran atas nama orang lain)
4. Borang Arrival & Departed diambil semasa membeli insurans kenderaan 
5. Borang Kastam yang diberikan semasa pendaftaran kenderaan di Pos Kastam Thailand kat border, simpan dokumen tersebut elok-elok dan jangan sesekali misplaces taw. Nanti tak pasal-pasal kena denda **RM2000 semasa check-out nanti.
6. Sesalinan Geran Kereta 
7. Road Map Checkpoint - koordinasi lokasi
8. Insuran kenderaan (keluar negara) 
9. Matawang Thai Baht secukupnya - fuel, makan, souvenir, fees entrance, fare dan shoppin
10. Aktifkan ATM Card, Debit/Credit Card. Manalah tau emergency case tak cukup duit
11. Sediakan tips RM1 atau RM2 semasa check-in/check-out kat Pos Imigresen Thailand* 
12. International/Local simkad untuk internet

* Tidak semua Pos Imigresen Thailand amik tips 
Oct14

Putrajaya - Krabi Oktober 2013

Categories // Blog Mawar Melati

Setelah menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Siam, Hatyai pada tahun 2012, keinginan Melati seakan membuak-buak ingin lebih tahu pasal Negeri Gajah Putih ini. Selang beberapa bulan, Melati dan suami kembali ke Siam pada Ogos 2013 untuk menelusuri tanah Songkhla pula. 
 
Sejak-sejak itu makin bertambah-tambahlah kerinduan untuk menjelajah dan meneroka bumi Siam ini lagi. Setelah berbincang dengan suami dan Ujang Syanaz (anak-anak Melati), kami pun sepakatlah untuk naik ke Utara dengan Jaja menuju ke Krabi. 

Berpandukan Sygic Apps plus pengalaman Hans Tayar Golek plus plus pengalaman blogger-blogger backpacker dan kaki shopping tentang Krabi serta reviews dari site TripAdvisor danLonely Planet, kami pun bergerak menghala ke Krabi pada 13 Oktober 2013.

Meh cuci mata layan pix dari Melati, biar gambar plak yang bercerita...
[12 3 4 5  >>  
Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com