Blog Terbaru

  • Petikan dari artikel Berita Harian - November 2016

     

    Faktor cuaca yang tak menentu menyebabkan ramai yang mudah sakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya. 

     

    Bagi mencegah perkara ini terjadi, ini adalah antara panduan untuk memastikan diri bebas dari demam.

    • Cuci tangan

    Cuci tangan dengan aliran air yang banyak samada menggunakan air suam atau air sejuk. Gosokkan pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku selama 20 saat supaya dapat menghilangkan kuman.

    • Tidur yang cukup

    Pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik.

    • Makanan seimbang

    Untuk meningkatkan tahap imun badan, adalah digalakkan mengambil banyak sayuran segar dan buah-buahan. Pengambilan vitamin tambahan tidak dapat menggantikan nutrien yang boleh didapati daripada pemakanan seimbang.

    • Banyak minum air

    Air merupakan elemen terpenting dalam badan. Pastikan air diambil sebanyak 2 liter sehari untuk mengekalkan tahap hidrasi bagi menyokong sistem imunisasi yang kuat.

    • Bersenam

    Pastikan badan sentiasa mengeluarkan peluh dengan beriadah atau bersenam. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi memantapkan tahap imunisasi badan.

    • Jauhkan diri

    Jauhkan diri dengan orang dijangkiti selsema. 

    • Jangan gigit kuku

    Kuman banyak berkumpul di bawah kuku. Jadinya elakkan diri dari menggigit kuku.

    • Lebihkan senyuman

    Kajian menunjukkan bahawa perasaan gembira dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Galakkan diri bermain dengan persekitaran yang sihat, sentiasa berfikir positif dan lakukan aktiviti yang menggembirakan.

    • Gel pembersih

    Pastikan membawa gel pembersih desinfeksi ataupun tisu basah beralkohol. Tisu badan yang tidak beralkohol tidak begitu berkesan untuk membasmi kuman.

    • Tinggalkan rokok

    Merokok meningkatkan risiko jangkitan dan merendahkan imunisasi badan. Merokok boleh menghapuskan cilia, sejenis serat seperti bulu halus dan kecil dalam hidung dan ini memudahkan jangkitan.

    • Kekalkan kebersihan

    Gaya hidup sihat adalah satu jalan mudah bagi membantu melawan apa jua jangkitan kuman. 

    Bebas Dari Demam

  • Makanan
  • Hiburan
  • Kesihatan
  • Aktiviti
  • Makanan

    Makanan

    Disini admin akan menceritakan blog berkenaan dengan makanan sepanjang perjalnanan travel admin

  • Hiburan

    Hiburan

    Admin akan menceritakan blog berkenaan dengan hiburan

  • Kesihatan

    Kesihatan

    Admin akan menceritakan apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan

  • Aktiviti

    Aktiviti

    Admin akan menceritakan berkatan dengan aktiviti luar terutamanya yang berkaitan dengan sukan pemotoran

Logo Footer

011-2083 1086
mawarjelly88@gmail.com